Picture
  Aku Mahukan Dunia Ini  Dicampur Dengan 5%

Bulgarian (Български), Catalan, Czech, Dansk, Deutsch, Dutch, English, Español, Francais, Indonesian, Italian, Japanese, Norsk, Malay, Polski, Portugues, Româna, Russian, Serbo-Croatian, Svenska, Turkish, Urdu

1-speech1x1

Fabian merasa begitu teruja sekali ketika sedang berlatih untuk ucapannya di hadapan orang ramai yang pasti akan datang esok. Dia sentiasa mahukan prestij dan kuasa dan sekarang impiannya akan menjadi kenyataan. Dulunya dia adalah seorang tukang perak dan emas, yang membuat barangan kemas dan hiasan, tetapi dia tidak mendapat kepuasan dengan pekerjaannya itu untuk menyara kehidupannya. Dia perlukan keseronokan, cabaran, dan sekarang rancangannya sudah hampir bermula.

Sudah bergenarasi lamanya manusia menggunakan sistem tukaran barang atau sistem barter. Lelaki akan menyara keluarganya dengan menyediakan sendiri segala keperluan mereka ataupun samaada dia mahir di dalam sesuatu jenis perdagangan. Apa sahaja hasil yang lebih dari usahanya, akan ditukarkannya dengan lebihan hasil dari orang lain.

2-market1x1

Pasar sentiasa riuh rendah dan berdebu, tetapi orang ramai sentiasa ternanti-nantikan jerit pekik dan lambaiannya, dan terutama sekali hubungan dengan rakan taulan. Dulu, pasar adalah tempat yang seronok tetapi sekarang, terlalu ramai orang, terlalu banyak pertengkaran. Tiada masa untuk berbual – sistem yang lebih baik diperlukan.

Secara kasar, orang ramai gembira dan menikmati hasil dari usaha mereka.

Di dalam setiap masyarakat, Kerajaan yang ringkas telah dibentuk untuk memastikan kebebasan dan hak setiap rakyatnya terpelihara dan tiada sesiapa pun dipaksa untuk melakukan sesuatu yang di luar keinginannya oleh seseorang atau mana-mana pihak.

3-law1x1

Sepatutnya ini adalah satu-satunya tugas Kerajaan dan setiap Gabenor adalah disokong secara sukarela oleh masyarakat tempatan yang melantik mereka.

Bagaimanapun, keadaan di pasar adalah satu masaalah yang tidak boleh mereka selesaikan. Adakah sebilah pisau bernilai satu atau dua bakul jagung? Adakah seekor lembu bernilai lebih dari kenderaan beroda… dan seterusnya. Tiada sesiapun yang mampu memikirkan sistem yang lebih baik.

Fabian telah mengiklankan, “Saya ada jalan penyelesaian kepada masaalah untuk sistem tukaran barang atau sistem barter kita, dan saya menjemput semua untuk menghadiri mesyuarat umum esok.”

4-meeting1x1

Esoknya, berduyun-duyun orang ramai membanjiri dataran di bandar dan Fabian menjelaskan tentang sistem baru yang dipanggilnya sebagai “wang”. “Bunyinya bagus. Bagaimana kita nak mulakan?” tanya orangramai.

“Emas yang saya bentuk menjadi hiasan dan barang kemas adalah dari jenis keluli yang sangat baik. Ia tidak luntur atau berkarat, dan akan tahan untuk jangka masa yang lama. Saya akan buat emas tersebut menjadi syiling dan kita akan panggil setiap syiling tersebut sebagai  dollar.

Dia menjelaskan bagaiman nilai(value) berfungsi, dan “wang” akan menjadi perantara untuk tukaran – yang lebih baik dari sistem barter atau sistem tukaran barang.

Seorang Gabenor bertanya, “Setengah orang boleh menggali emas dan akan membuat syiling untuk diri mereka sendiri”, dia berkata.

“Ini sudah tentu tidak adil”, Fabian sudah bersedia dengan jawapannya. “Hanya syiling yang diperakui oleh Kerajaan sahaja yang boleh digunakan, dan ia akan mempunyai tanda khusus di cap ke atasnya”. Ia kelihatan munasabah dan dicadangkan agar setiap orang diberikan dengan jumlah yang sama. “Tapi aku lebih layak mendapat lebih banyak”, kata pembuat lilin. “Setiap orang menggunakan lilin”. “Tidak”, kata seorang petani, “tanpa makanan tiada kehidupan, sudah pastilah kami yang patut mendapat lebih banyak”. Dan pertikaian tersebut berterusan.

Fabian membiarkan mereka bertengkar untuk beberapa ketika dan akhinya dia berkata, “Oleh kerana tiada seorang pun yang sepakat, saya cadangkan kamu semua dapatkan jumlah yang kamu perlukan dari saya. Tiada jumlah had, kecuali keupayaan kamu untuk membayar balik. Lebih banyak yang kamu inginkan, lebih banyak yang mesti kamu bayar dalam masa satu tahun. “Dan apa yang kamu dapat?” tanya orang ramai.

“Oleh kerana saya yang menyediakan perkhidmatan ini, iaitu, membekalkan wang, saya berhak untuk mendapat bayaran atas kerja saya. Kita andaikan bagi setiap 100 keping yang kamu dapat, kamu bayar semula kepada saya 105 keping untuk setiap tahun yang kamu berhutang dengan saya. 5 keping tersebut adalah upah saya, dan saya akan panggil upah saya sebagai bunga(interest)”.

Nampaknya tiada jalan lain, lagipun, 5% adalah upah yang kelihatan memadai. “Datang lagi Jumaat depan dan kita akan mulakan”.

5-coinmaker1x1

Fabian tidak membuang masa. Dia membuat syiling siang dan malam, dan pada hujung minggu dia sudah bersedia. Orang ramai beratur di kedainya, dan selepas syilingnya diperiksa dan diperakui oleh Gabenor, sistem tersebut bermula. Setengahnya hanya meminjam sedikit sahaja untuk mencuba sistem baru tersebut.

Mereka dapati wang sungguh menakjubkan, dan akhirnya mereka nilaikan segala-galanya kepada syiling emas atau dollar. Nilai yang mereka letakkan ke atas setiap perkara dipanggil “harga”, dan harga bergantung terutamanya pada jumlah kerja yang diperlukan untuk menghasilkannya. Jika banyak kerja diperlukan untuk menghasilkannya, maka harganya adalah tinggi, tetapi jika ia dihasilkan dengan usaha yang kurang, maka harganya tidak mahal.

Alan tinggal di satu bandar, satu-satunya pembuat jam tangan. Harganya tinggi sebab pelanggan sanggup membayar  untuk memiliki jamnya.

Kemudian seorang lain mula membuat jam tangan dan menawakan haga yang lebih murah untuk mendapat jualan. Alan terpaksa menuunkan harganya, dan dalam masa yang singkat semua harga menjadi rendah, jadi kedua-duanya bertungkus-lumus untuk memberikan kualiti yang baik ada harga yang rendah. Ini adalah persaingan bebas yang betul.

6-hands1x1
7-shop1x1

Ini turut berlaku kepada pembina bangunan,  pengendali kenderaan, akauntan, petani, bahkan, setiap bidang perusahaan.  Pelanggan sentiasa memilih yang terbaik dalam setiap penawaran – mereka mempunyai kebebasan untuk memilih. Tiada perlindungan palsu seperti lesen atau tarif untuk menghalang orang lain dari menceburi bidang perniagaan. Taraf kehidupan meningkat, dan orang ramai mula terfikir bagaimanakah mereka dapat melakukan semua perkara tersebut jika wang tidak dicipta.

8-debt1x1

Akhir tahun, Fabian meninggalkan kedainya dan menziarahi setiap orang yang meminjam wang darinya. Setengahnya mempunyai lebih banyak wang dari jumlah yang dipinjamnya, jadi ini bermakna setengah yang lain mempunyai jumlah yang kurang, kerana hanya jumlah yang tertentu sahaja yang dikeluarkan pada permulaannya. Mereka yang mempunyai jumlah yang lebih banyak dari jumlah yang dipinjam membayar balik 100 keping dicampur lagi dengan 5 keping tambahan, tetapi masih terpaksa meminjam lagi untuk meneruskan perniagaan.

Yang lain mula tersedar yang mereka mempunyai hutang untuk pertama kalinya. Sebelum dia memberikan pinjaman, Fabian mengambil cagaran keatas setengah dari harta mereka. Dan mereka meminjam lagi untuk cuba mendapatkan lebihan 5 keping syiling  yang mana pada hakikatnya begitu sukar untuk mencarinya.

Tiada siapa sedar, seluruh negara tidak akan keluar dari masaalah hutang sehinggalah semua syiling dibayar balik. Tetapi walaubagaimanapun, terdapat 5 keping syiling dari setiap 100 keping syiling yang tidak pernah langsung diberikan untuk pinjaman. Tiada siapa kecuali Fabian yang nampak bahawa adalah mustahil untuk membayar bunga(interest) – kerana lebihan wang tersebut tidak pernah dikeluarkan langsung, jadi seseorang pasti akan tidak dapat membayarnya.

Adalah benar Fabian menggunakan setengah dari syiling tersebut, tapi dia sudah pasti tidak menggunakan lebih dari 5% dari jumlah keseluruhan ekonomi untuk dirinya. Terdapat beribu-ribu orangramai dan Fabian hanyalah seorang. Lagipun dia masih lagi tukang emas yang cuba membuat kehidupannya menjadi lebih selesa.

9-vault1x1

Di belakang kedainya, Fabian mempunyai bilik kebal dan orangramai dapati adalah lebih mudah untuk meninggalkan setengah dari syiling mereka kepadanya untuk keselamatan. Dia mengenakan yuran yang kecil bergantung kepada jumlah wang, dan jumlah masa yang disimpan di tempatnya. Dia akan memberikan tuan punya wnag tersebut sekeping resit untuk jumlah simpanan itu.

Apabila seseorang itu keluar membeli-belah, dia selalunya tidak membawa syiling emas dengan jumlah yang banyak. Dia akan memberikan tuan punya kedai sekeping resit yang bernilai sama dengan barangan yang ingin dibelinya.

6-hands1x1

Tuan punya kedai tahu bahawa resit tersebut adalah asli dan menerimanya dengan tujuan untuk membawanya kepada Fabian dan mengambil sejumlah syiling yang sepatutnya. Yang bertukar tangan adalah resit, sebagai ganti kepada emas. Orang ramai mempunyi kepercayaan yang tinggi terhadap resit tersebut – mereka menerimanya sebagai laku dan sah sebagaimana syiling.

Tidak lama selepas itu, Fabian sedar bahawa orangramai tidak selalu mengambil syiling emas mereka.

Dia terfikir, “Aku memiliki semua emas ini, tetapi aku masih seorang tukang emas yang bekerja keras. Ini tak masuk akal. Kenapa terdapat berdozen-dozen orangramai yang sanggup membayar aku bunga untuk menggunakan emas yang mana sentiasa ada di sini dan jarang-jarang diambil.”

“Memang betul, emas ini bukan aku punya – tetapi ia ada dalam pegangan aku, itu yang penting.  Aku tak perlu lagi bersusah payah untuk membuat syiling lagi, aku boleh gunakan setengah dari syiling yang disimpan dalam peti besi ini.”

Pada mulanya dia begitu berhati-hati, dia hanya meminjamkan sedikit sahaja pada satu masa dan dengan jaminan keselamatan yang tinggi. Tapi perlahan-lahan dia menjadi lebih berani, dan jumlah yang besar diberi pinjam.

Satu hari, sejumlah pinjaman yang besar diminta. Fabian mencadangkan, “Daripada kamu membawa kesemua syiling ini, kami akan buatkan simpanan atas nama awak, dan saya akan berikan beberapa keping resit untuk nilai syiling tersebut.” Sipeminjam tersebut setuju, lalu dia keluar dari situ dengan segumpal resit. Dia telah meminta untuk membuat pinjaman, namun emas tersebut masih tersimpan di dalam bilik kebal. Selepas pelanggan tersebut pergi, Fabian tersenyum. Dia masih memiliki keknya dan memakannya juga. Dia boleh “memberikan pinjaman” dan masih boleh menyimpannya dalam pangkuannya.

Sahabat handai, orang asing dan juga musuh memerlukan tabungan untuk menjalankan perniagaan mereka – dan selagi mereka boleh memberikan jaminan, mereka boleh memohon untuk meminjm sebanyak mana yang mereka perlukan. Dengan hanya menulis di atas sekeping resit, Fabian mampu untuk  “memberi pinjaman” wang berkali-kali ganda dari jumlah nilai emas yang berada di dalam bilik kebalnya, malah bukan miliknya pun. Segala-galanya selamat selagi pemilik sebenarnya tidak mengambil emas kepunyaan mereka dan keyakinan orangramai dipelihara.

10-debt1x1

Dia mempunyai sebuah buku yang menunjukkan jumlah simpanan dan hutang  (debit and credit) setiap orang. Perniagaan pinjaman adalah terbukti sebagai satu perniagaan yang lumayan.

Kedudukannya di mata masyarakat meningkat tinggi dengan cepat seperti juga dengan kekayaannya. Dia menjadi orang kenamaan, dia memiliki kehormatan. Di dalam hal-hal kewangan, kata-katanya menjadi seperti pengumuman suci.

11-gang1x1

Tukang-tukang emas dari bandar lain menjadi tertanya-tanya tentang kegiatannya dan satu hari mereka memanggilnya untuk berjumpa. Dia memberitahu mereka tentang apa yang telah dilakukannya, tetapi dia begitu berhati-hati dan menekankan akan keperluan untuk menyimpan segala rahsia.

Jika perancangannya terbongkar, rancangan rahsianya akan gagal, jadi mereka bersetuju untuk membentuk satu pakatan rahsia.

Setiap tukang emas pulang ke bandar masing-masing dan mula beroperasi seperti yang Fabian ajarkan.

Sekarang orangramai mula menerima resit tersebut sebagai sama nilainya dengan emas itu sendiri. Dan banyak resit yang disimpan untuk tujuan keselamatan sepertimana syiling-syiling. Apabila seoang  pedaganag ingin membayar pihak lain untuk barangan, dia hanya menulis nota ringkas mengarahkan Fabian untuk memindahkan wang dari akaunnya kepada pedagang yng kedua.  Fabian hanya memerlukan beberapa minit untuk mengubah kira-kira.

Sistem bru ini menjadi begitu popular, dan nota arahan tersebut dipanggil “checks”.

Pada lewat satu malam, kesemua tukang-tukang emas tersebut telah mengadakan mesyuarat sulit dan Fabian telah membentangkan satu rancangan baru. Pada hari berikutnya mereka telah mengadakan mesyuarat dengan semua Gabenor, dan Fabian bekata. “Resit yang kami keluarkan telah menjadi begitu popular. Tidak menjadi kesangsian lagi, kesemua Gabenor menggunakannya dan kamu dapati ia sangat mudah”. Mereka mengangguk bersetuju dan tertanya-tanya apakah masaalah yang sebenarnya. “Begini”, dia menyambung, “setengah resit telah ditiru oleh  peniru. Kegiatan ini mesti dihentikan.”

20-banknote1x1

“Kedua,” Fabian berkata, “setengah orang telah pergi mencarigali dan membuat syiling emas mereka sendiri. Saya cadangkan agar kamu luluskan satu undang-undang agar sesiapa yang menjumpai ketulan emas mesti menyerahkannya. Sudah tentu, mereka akan dibayar dengan nota dan syiling.”

Cadangan ini kedengaran seperti bagus dan tanpa berfikir dengan lebih mendalam, mereka mencetak nota baru dengan jumlah yang banyak. Setiap nota mempunyai nilai yang dicetak keatasnya - $1, $2, $5, $10 dan sebagainya. Kos percetakan yang kecil itu di bayar oleh tukang-tukang emas.

Nota-nota itu lebih mudah dibawa dan dengan sekejap sahaja ia mula diterima oleh orangramai. Walaupun popularitinya tinggi, nota-nota ini dan syiling-syiling hanya digunakan sebanyak 10% sahaja  dari keseluruhan jumlah transaksi atau urusniaga jual beli. Rekod menunjukkan sistem check mewakili 90% dari jumlah perniagaan.

Sebahagian dari rancangannya telah berjalan. Sehingga sekarang, orangramai membayar Fabian untuk menjaga wang mereka. Untuk menarik lebih banyak wang ke dalam peti besinya, Fabian menawarkan untuk membayar penyimpan 3% bunga(interest) ke atas wang mereka.

13-3%interest1x1

Kebanyakan orangramai  percaya yang dia meminjamkan wang mereka kepada sipeminjam dengan bunga sebnayak 5%, dan keuntungannya adalah perbezaan 2% tersebut. Lagipun, orangramai tidak mempersoalkannya kerana mendapat 3% adalah lebih baik dari terpaksa membayar kepadanya utnuk menjaga wang mereka.

Jumlah simpanan bertambah dan dengan wang tambahan di dalam peti besi, Fabian mampu untuk memberi pinjaman $200, $300, $400 kadangkala sehingga $900 untuk setiap $100 nota-nota dan syiling-syiling yang berada di dalam peti besinya. Dia terpaksa berhati-hati untuk tidak melampaui ratio 9:1, kerana seorang dari setiap 10 orang memerlukan nota-nota dan syiling-syiling tersebut untuk digunakan.

Jika tidak mempunyai wang yang cukup apabila diperlukan, orangramai akan menjadi curiga, terutama jika simpanan di dalam buku menunjukkan jumlah yang telah disimpan.

Bagaimanapun, dari setiap $900 di atas kertas yang Fabian pinjamkan dengan hanya menulis sendiri check tersebut, dia mampu untuk mendapat $45 dalam bentuk bunga(interest), dalam kata lain, 5% dari $900. Apabila pinjaman bersama bunga dibayar, iaitu $945, jumlah $900 dibatalkan di ruangan debit dan Fabian mendapat bunga sebanyak $45. Dengan senang hatinya dia membayar bunga sebanyak $3 dari jumlah asal simpanan $100, yang mana wang tersebut tidak pernah keluar langsung dari peti besinya.

Ini bermakna dari setiap $100 dalam simpanannya, dia boleh membuat keuntungan sebanyak 42%, kebanyakan orang percaya dia hanya membuat keuntungan sebanyak 2%. Tukang-tukang emas yang lain melakukan perkara yang sama. Mereka membuat atau mencipta wang dengan tidak mempunyai modal apa-apa dan hanya menulis dengan pen, kemudian mereka mengenakan bunga keatasnya.

Benar, mereka tidak mencipta wang, Kerajaan sebenarnya yang mencetak nota-nota dan syiling tersebut dan memberikannya kepada tukang-tukang emas untuk mengedarkannya. Perbelanjaan Fabian hanyalah yuran mencetak. Namun, mereka memberikan pinjaman dengan tidak bermodalkan apa-apa dan mengenakan bunga(interest) ke atasnya. Kebanyakan orangramai percaya bahawa pembekalan wang adalah operasi Kerajaan. Mereka juga percaya yang Fabian memberikan mereka pinjaman wang yang disimpan oleh orang lain, tetapi aneh kerana simpanan sesiapun tidak berkurangan apabila pinjaman diberikan. Jika semua orang cuba untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka serentak, penipuan ini akan terbongkar.

Apabila pinjaman diminta dalam bentuk nota-nota atau syiling-syiling, ia tidak menimbulkan masaalah. Fabian hanya menjelaskan kepada Kerajaan bahawa jumlah pertambahan penduduk dan pertambahan pengeluaran memerlukan lebih banyak nota-nota, dan dia hanya mengenakan yuran percetakan yang kecil.

Satu hari, seorang lelaki yang arif pergi berjumpa dengan Fabian. “Bunga(interest) yang kamu kenakan adalah salah”, dia berkata. “Dari setiap $100 yang kamu keluarkan, kamu meminta dibayar balik sebanyak $105. Lebihan $5 itu pasti tidak boleh dibayar kerana ia tidak pernah wujud.”

“Petani mengeluarkan makanan, industri mengeluarkan barangan, dan  seterusnya, tetapi kamu hanya mengeluarkan wang. Bayangkan jika cuma ada 2 orang peniaga di seluruh negara dan kami mengambil kesemua orang lain untuk bekerja dengan kami. Setiap seorang dari kami meminjam $100, dan kami membayar $90 untuk gaji dan perbelanjaan dan keuntungan kami $10 (gaji kami). Ini bermakna kuasa membeli adalah $90 + $10 kali dua, iaitu $200. Namun untuk membayar kamu, kami mesti menjual semua hasil kami dengan harga $210. Jika salah seorang dari kami berjaya dan menjual kesemua hasil kami dengan harga $105, orang yang seorang lagi hanya boleh berharap untuk mendapat $95. Juga, sebahagian dari barangan kami tidak boleh dijual kerana tidak ada lagi wang untuk membelinya.”

“Dia masih terhutang kamu $10 dan hanya boleh membayar kamu dengan meminjam lagi. Sistem ini adalah mustahil.”

14-banker1x1

Lelaki itu menyambung, “Sepatutnya kamu keluarkan $105, iaitu 100 kepada saya dan 5 diri sendiri untuk dibelanja. Dengan cara ini, bermakna 105 berada di dalam pasaran, dan hutang boleh dibayar.”

Fabian mendengar dengan senyap dan akhirnya berkata, “Ekonomi kewangan adalah satu bidang  yang mendalam anakku, ia memerlukan bertahun-tahun untuk dipelajari. Biar aku yang fikirkan tentang perkara ini, dan kamu fikirkan tentang diri kamu. Kamu mesti menjadi lebih cekap, tambahkan pengeluaran, potongkan perbelanjaan dan menjadi usahawan yang baik. Saya sentiasa bersedia untuk menolong kamu dalam hal ini.”

Lelaki itu pergi dengan tidak puas hati. Terdapat sesuatu yang salah dalam operasi Fabian dan dia merasa soalannya tidak dijawab.

Namun, semua orang menghormati kata-kata Fabian – “Dia adalah seorang yang pakar, yang lain sudah pasti salah. Lihat bagaimana negara telah maju, bagaimana pengeluaran kita telah meningkat – kita sudah pasti berada dalam keadaan lebih baik.”

15-protest1x1

Untuk menampung bunga(interest) ke atas wang yang telah dipinjam, pedagang terpaksa menaikkan harga. Pekerja yang makan gaji merungut bahawa gaji adalah terlalu rendah. Majikan menolak untuk membayar gaji yang tinggi, dengan memberikan alasan ia akan merosakkan perniagaan. Petani tidak mendapat harga yang patut untuk hasilnya. Surirumah merungut yang makanan menjadi bertambah mahal.

Dan akhirnya setengah orang ramai mula mogok, perkara yang tidak pernah di dengari sebelumnya. Yang lain mula menjadi semakin miskin dan rakan-rakan serta saudara mara tidak mampu lagi untuk menolong mereka.  Kebanyakan sudah mula lupa tentang kekayaan sebenarnya yang berada di sekeliling – tanah yang subur, hutan rimba yang luas, galian-galian dan lembu-lembu ternakan. Mereka cuma mampu memikirkan tentang wang yang semakin berkurangan. Tetapi mereka tidak pernah mempersoalkan tentang sistem tersebut. Mereka percaya bahawa Kerajaan yang menguruskannya.

Sesetengah pihak telah mengumpulkan lebihan wang mereka dan menubuhkan sebuah syarikat “pinjaman” atau kewangan(finance). Mereka boleh mendapat 6% atau lebih dengan cara ini, yang mana lebih baik dari 3% yang Fabian bayar. Tetapi mereka hanya boleh pinjamkan wang yang ada dalam kepunyaan mereka sahaja – mereka tidak mermpunyai kuasa luar biasa untuk mencipta wang dengan hanya menulis angka-angka di buku.

Syarikat kewangan ini merisaukan Fabian dan kawan-kawannya, jadi mereka dengan segera menubuhkan nenerapa syarikat mereka sendiri. Kebanyakannya, mereka beli dari pihak yang lain sebelum syarikat itu beroperasi sepenuhnya. Dalam masa yang singkat, semua syarikat kewangan tersebut dipunyai oleh mereka atau dalam kawalan mereka.

16-dole1x1

Keadaan ekonomi menjadi bertambah teruk. Pekerja makan gaji tahu bahawa majikan mereka membuat untung yang banyak. Majikan pula berkata bahawa pekerja mereka terlalu malas dan tidak membuat kerja dengan jujur setiap hari, dan masing-masing menyalahkan satu sama lain. Gabenor tidak dapat memberikan jawapan dan lagipun, masaalah yang perlu ditangani segera adalah untuk menolong golongan miskin.

Mereka memulakan skim kebajikan dan membuat undang-undang memaksa orangramai untuk menyumbang. Ini membuatkan ramai orang menjadi marah – mereka percaya dengan cara lama iaitu menolong jiran tetangga secara sukarela.

“Undang-undang ini tidak lain kecuali merompak secara sah. Mengambil sesuatu dari seseorang secara paksa, tidak kira untuk tujuan apa ia akan digunakan, tidak berbeza dengan mencuri.”

Tetapi setiap orang merasa tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana takutkan hukuman penjara yang akan dikenakan jika gagal membayar. Skim kebajikan ini memberikan sedikit kelegaan, tetapi masaalah lama muncul kembali dan lebih banyak wang diperlukan untuk menampungnya. Kos untuk menguruskan skim ini meningkat lebih tinggi dari sehari ke sehari dan saiz anggota pentadbiran Kerajaan membesar.

Kebanyakan Gabenor adalah insan yang jujur yang cuba melakukan yang terbaik. Mereka tidak suka meminta lebih banyak wang dari rakyat dan akhirnya, mereka tidak mempunyai pilihan kecuali untuk meminjam dari Fabian dan kawan-kawannya. Mereka tidak tahu bagaimana untuk membayarnya balik.  Ibubapa tidak lagi mampu untuk membayar gaji guru-guru untuk pelajaran anak-anak mereka. Mereka tidak mampu membayar bil-bil perubatan. Dan pengusaha pengangkutan akhirnya gulung tikar.

Kerajaan terpaksa mengambil alih operasi ini satu demi satu. Guru-guru, doktor dan banyak lagi perkhidmatan menjadi kakitangan kerajaan.

Hanya sedikit yang mendapat kepuasan dari pekerjaan mereka. Mereka diberi gaji yang berpatutan, tetapi identiti mereka hilang. Mereka menjadi salah satu alat dalam sebuah mesin gergasi.

Tiada ruang untuk inisiatif peribadi, sedikit pengiktirafan diberikan untuk usaha mereka, pendapatan mereka ditetapkan dan kenaikan pangkat hanya berlaku apabila orang atasan mereka bersara atau mati.

17-list1x1

Dalam keadaan terdesak, Gabenor bercadang untuk meminta nasihat dari Fabian. Mereka menganggapnya seorang yang pandai dan dia seperti seolah-olah tahu untuk menyelesaikan masaalah kewangan. Dia mendengar mereka menjelaskan segala masaalah mereka, dan akhirnya dia menjawab, “Ramai orang tidak boleh menyelesaikan masaalah mereka sendiri – mereka memerlukan seseorang untuk melakukannya. Pasti anda bersetuju yang rakyat mempunyai hak untuk merasa gembira dan disediakan segala keperluan kehidupan mereka disediakan. Pepatah ada berkata “semua manusia adalah sama taraf”- bukankah begitu?”

Jadi, satu-satunya cara untuk mengimbangi perkara ini adalah dengan mengambil lebihan kekayaan dari yang kaya dan berikan ia kepada yang miskin. Kita perkenalkan sistem cukai. Lagi banyak kekayaan yang dia ada, lebioh banyak dia perlu bayar. Kutip cukai dari setiap orang mengikut kemampuannya, dan berikan kepada setiap orang mengikut keperluannya. Sekolah dan hospital mesti percuma untuk mereka yang tidak mampu…”

Dia memberikan mereka ceramah yang panjang mengenai idea-idea yang bernas dan mengakhirinya dengan “Oh, sambil tu, jangan lupa yang kamu ada berhutang dengan saya. Kamu telah meminjam sejak sekian lama. Paling kurang yang dapat saya tolong, adalah agar kamu dapat membayar saya sekurang-kurangnya bunga(interest) tersebut. Kita biarkan pokoknya(principle) dulu, bayar sahaja kepada saya bunganya.”

Kemudia mereka pergi tanpa memikirkan secara mendalam tentang falsafah Fabian, mereka memperkenalkan cukai pendapatan berkala – lagi banyak yang kamu dapat, lagi tinggi kadar cukainya. Tiada siapa yang sukakannya, tapi samaada mereka membayarnya atau ke penjara.

15-protest1x1

Peniaga terpaksa sekali lagi untuk menaikkan harga. Pekerja makan gaji meminta kenaikan gaji yang mana memaksa majikan untuk menutup perniagaan mereka, atau menggantikan pekerja dengan mesin-mesin. Ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan memaksa Kerajaan memperkenalkan skim kebajikan dan bantuan yang baru.

Tarif dan kaedah perlindungan yang lain diperkenalkan untuk membantu sesetengah industri terus beroperasi hanya untuk menyediakan pekerjaan. Setengah orang mula terfikir tentang tujuan perusahaan tersebut, samaada untuk mengeluarkan barangan atau cuma untuk menyediakan pekerjaan.

Ketika keadaan bertambah gawat, mereka cuba kaedah kawalan gaji, kawalan harga, dan segala jenis kawalan. Kerajan cuba mendapatkan lagi wang melalui cukai jualan, cukai pekerja dan segala jenis cukai. Dari petani sehinggalah kepada surirumah setengah mereka mula perasan, terdapat 50 jenis cukai dikenakan keatas sebuku roti.

“Pakar-pakar perunding ekonomi” mula tumbuh macam cendawan dan setengahnya dilantik menjadi anggota dalam Kerajaan, tetapi selepas setiap mesyuarat tahunan mereka balik tanpa apa-apa kejayaan, kecuali berita tentang cukai yang akan distruktur semula. Tapi secara kasar, cukai sentiasa meningkat.

Fabian mula meminta agar dijelaskan bayaran bunganya, dan semakin besar bahagian dari wang cukai diperlukan untuk membayarnya.

18-parties1x1

Kemudian tumbuh pula parti politik – orangramai mula mempertikaikan mengenai Gabenor kumpulan mana yang terbaik untuk menyelesaikan masaalah ini. Mereka mempertikaikan mengenai personaliti, idealism, lambang parti dan kesemuanya, kecuali masaalah yang sebenarnya. Ahli majlis mesyuarat sedang berada dalam masaalah besar.

Di satu bandar, bunga keatas hutang tidak berbayar melampaui kadar kutipan yang dapat dikutip sepanjang tahun. Di seluruh negara, bunga ke atas hutang tidak berbayar terus meningkat – bunga dikenakan ke atas bunga yang tidak dibayar.

Sedikit demi sedikit kebanyakan kekayaan sebenar negara dimiliki atau dikawal oleh Fabian dan kawan-kawannya dan dengan itu dia mempunyai penguasaan keatas orangramai. Bagaimanapun, penguasaan itu belum sempurna. Mereka tahu bahawa keadaan tersebut belum terjamin sehinggalah setiap orang dibawah penguasaan mereka.

Kebanyakan orang yang membantah sistem ini akan disenyapkan dengan cara tekanan kewangan, atau diperolok-olokan di mata awam. Untuk melakukannya Fabian dan kawan-kawannya mengambil alih kebanyakan syarikat suratkhabar, stesen televisyen dan radio dan dengan berhati-hati dia memilih orang-orang yang dipercayainya untuk mengendalikannya. Kebanyakannya mempunyai niat jujur untuk memperbaiki keadaan di duni ini, tetapi mereka tidak sedar bagaimana mereka diperalatkan. Penyelesaian mereka terhadap sesuatu masaalah adalah sentiasa kepada “kesan dari masaalah” itu, bukan keatas “penyebab masaalah” itu.

19-banker1x1

Terdapat beberapa syarikat suratkhabar yang berlainan – satu dari pihak sayap kanan, satu dari pihak sayap kiri, satu dari golongan pekerja, satu dari golongan atasan dan seterusnya. Tidak menjadi soal yang mana yang anda percaya, selagi anda tidak memikirkan masaalah yang sebenarnya.

Perancangan Fabian hampir mencapai matlamatnya – seluruh negara berhutang kepadanya. Melalui pendidikan dan media, dia telah menguasai pemikiran rakyat. Mereka hanya boleh berfikir dan percaya kepada apa yang dikehendakinya sahaja.

Selepas seseorang itu memiliki wang lebih dari apa yang diperlukannya, apa lagi yang tinggal untuk memuaskan nafsunya? Kepada yang mempunyai pemikiran untuk memerintah, jawapannya adalah kuasa – kuasa ke atas manusia yang lain. Pihak yang berfikiran idealist dipergunakan di media dan di dalam Kerajaan, tetapi penguasaan sebenar yang di cari oleh Fabian adalah kepada golongan yang mempunyai pemikiran untuk memerintah.

Kebanyakan tukang-tukang emas telah menjadi seperti ini. Mereka sudah merasa kehidupan mewah, tetapi ia tidak lagi memberi kepuasan kepada mereka. Mereka perlukan cabaran dan keseronokan, dan kuasa keatas rakyat jelata adalah permainan yang paling agung.

Mereka percaya mereka adalah lebih mulia dari yang lain. “Ia adalah hak dan tugas kami untuk memerintah. Orangramai tidak tahu apa yang baik untuk mereka. Mereka perlu dikumpulkan dan diaturkan. Memerintah adalah hak kami sejak dari lahir lagi.”

Di seluruh negara Fabian dan kawan-kawannya memiliki banyak syarikat kewangan. Benar, mereka dimiliki oleh pihak persendirian dan dimiliki secara berasingan. Secara teori mereka adalah pesaing antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya mereka bekerjasama dengan erat. Selepas mendesak setengah dari Gabenor, mereka menubuhkan sebuah institusi yang mana mereka gelarkan sebagai Money Reserve Center atau Pusat Simpanan Wang. Mereka tidak pun menggunakan wang mereka sendiri untuk ini – mereka mencipta kredit keatas sebahagian dari wang simpanan orangramai.

12-banks1x1

Insititusi ini diberi gambaran luaran sebagai pusat membekalkan wang dan menjadi operasi Kerajaan, tetapi pelik sekali, tiada Gabenor atau pekerja pekhidmatan awam yang dibenarkan menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Kerajaan tidak lagi meminjam secara terus dari Fabian, tapi mula menggunakan sistem I.O.U. kepada Money Reserve Centre. Jaminan atau cagaran yang diberikan adalah anggaran pendapatan dari cukai tahun hadapan. Ini selari dengan perancangan Fabian – mengelakkan syak wasangka kepadanya dari terlibat secara jelas ke atas operasi Kerajaan. Namun, di belakang tabir, dia masih menguasai.

Secara tidak langsung, Fabian mempunyai kuasa keatas Kerajaan dan memaksanya menurut arahannya. Dia dengan bongkaknya berkata, “Biar aku yang mengawal wang negara dan aku tak peduli siapa yang membuat undang-undang.” Tidak kisah Gabenor kumpulan mana yang memerintah. Fabian yang menguasai wang, iaitu nyawa kehidupan sesebuah negara.

Kerajaan mendapat wang, tetapi bunga sentiasa dikenakan keatas setiap pinjaman. Lebih banyak wang digunakan untuk skim kebajikan dan bantuan, dan tidak lama selepas itu Kerajaan mula menghadapi masaalah untuk menjelaskan bunga tersebut, apatah lagi pinjaman pokok.

Dan masih ada juga orangramai yang bertanya, “Wang adalah sistem ciptaan manusia. Pasti ia boleh diperbetulkan untuk memberi khidmat, bukan memerintah?” Tetapi golongan ini hanya sedikit dan suara mereka lenyap ditengah-tengah kegilaan kepentingan yang tidak wujud.

Pentadbiran berubah, label parti berubah, polisi utama masih tidak berubah. Tidak kira Kerajaan mana yang “berkuasa”, matlamat utama Fabian semakin hampir tahun demi tahun. Polisi rakyat jelata tidak memberi apa-apa makna. Mereka dikenakan cukai yang cukup tinggi, mereka tidak mampu lagi untuk membayar. Sekarang sudah tiba masanya bagi Fabian untuk membuat langkah yang terakhir.

10% dari bekalan wang masih lagi dalam bentuk nota-nota dan syiling. Ini perlu dihapuskan supaya tidak menimbulkan syak wasangka. Selagi rakyat masih menggunakan tunai, mereka bebas untuk membeli atau menjual apa sahaja yang mereka suka – mereka masih lagi menguasai sebahagian lagi dari hidup mereka.

21-card1x1

Tetapi adalah tidak selamat untuk membawa nota-nota dan syiling. Check tidak diterima di luar sesuatu komuniti, dan oleh itu sistem yang lebih mudah diperlukan. Sekali lagi Fabian mempunyai jawapannya. Organisasinya memberikan setiap orang sekeping plastik kecil yang menunjukkan namanya, gambar dan nombor identiti.

Apabla kad ini ditunjukkan dimana-mana, penjaga kedai akan menelefon komputer pusat untuk memeriksa ‘credit rating’ seseorang itu. Jika rekodnya bersih, dia boleh membeli apa sahaja yang diingininya sehingga jumlah yang tertentu.

Pada mulanya orangramai dibenarkan untuk membelanjakan sejumlah kecil dalam bentuk kredit, dan jika dibayar dalam masa sebulan, tiada bunga dikenakan. Ia sungguh bagus bagi yang makan gaji, tetapi bagaimana dengan orang yang berniaga? Dia terpaksa menyediakan mesin untuk kilangnya, mengeluarkan barangan, membayar gaji, dan lain-lain, serta menjual semua barangannya dan membayar balik wang tersebut. Jika dia tidak membayar balik dalam masa sebulan, dia akan dikenakan 1.5% setiap bulan keatas hutangnya. Ini berjumlah sebnayak 18% setahun.

Ahli perniagaan tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menambah 18% keatas harga jualannya. Namun, lebihan wang ini atau kredit (18%) tidak pernah dipinjamkan kepada sesiapa. Seluruh negara, ahli perniagaan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan $118 dari setiap $100 yang dipinjamnya – tetapi lebihan $18 tersebut tidak pernah wujud langsung.
Namun status Fabian dan kawan-kawannya di mata masyarakat meningkat. Mereka dianggap orang terhormat. Ucapan mereka mengenai kewangan dan ekonomi dianggap seperti hukum ugama.

Dibawah beban cukai yang sentiasa meningkat, banyak perniagaan kecil lingkup. Lesen khas diperlukan untuk berbagai-bagai jenis operasi, jadi yang masih berniaga merasa amat sukar untuk beroperasi. Fabian memiliki dan menguasai semua syarikat-syarikat besar yang mempunyai beratus-ratus anak syarikat. Ia kelihatan seperti bersaing antara satu sama lain, namun dia mengawal kesemuanya. Akhirnya semua pesaing terpaksa menutup perniagaan. Tukang paip, mekanik, jururelektrik dan kebanyakan industri kecil mengalami kesukaran yang sama – mereka ditelan oleh syaikat gergasi Fabian yang mendapat erlindungan dari Kerajaan.

Fabian mahukan kad plastik menghapuskan penggunaan nota-nota dan syiling. Perancangannya apabila kesemua nota-nota ditaik balik, hanya perniagaan yang menggunakan sistem kad komputer sahaja yang mampu beroperasi.

Menurut perancangannya, orangramai yang kehilangan kad mereka tidak akan mampu membeli atau menjual apa-apa pun sehinggalah bukti identiti mereka dibuat. Dia mahukan undang-undang diluluskan yang akan memberikannya kuasa mutlak – undang-undang yang memaksa semua orang untuk memiliki nombor identiti yang di tattoo keatas tangan mereka. Nombor itu boleh dilihat dibawah cahaya khusus yang disambung ke komputer. Setiap komputer akan disambung ke usat komputer gergasi agar Fabian boleh tahu mengenai semua perkara mengenai semua orang.

________________________________________________________

Disamping itu, istilah yang sebenarnya yang digunakan didalam dunia kewangan berkenaan sistem ini adalah “Fractional Reserve Banking”(Perbankan Simpanan Pecahan).

Cerita yang telah anda baca ini sudah tentu adalah fiksyen.

Tetapi jika anda dapati ianya begitu hampir dengan kenyataan dan ingin tahu siapakah Fabian didalam kehidupan yang sebenar, tempat yang baik untuk anda mulakan kajian tentang aktivitinya adalah berkaitan dengan tukang emas Inggeris pada kurun ke 16 & 17.

Sebagai contoh, Bank of England bermula ada 1694. King William of Orange berada dalam keadaan kewangan yang sulit akibat dari eperangan dengan Perancis. Situkang emas telah meminjamkannya 1.2 juta pound (jumlah yang sangat besar pada zaman itu) dengan beberapa syarat:

  1. Kadar bunganya 8%
  2. Raja mesti memberikan kepada tukang emas satu piagam khusus, agar bank memberikan hak kepada mereka untuk memberikan pinjaman.

Sebelum itu, operasi mengeluarkan resit untuk menggantikan wang yang berada didalam simpanan mereka adalah salah dari sisi undang-undang. Piagam khusus itu membuatnya menjadi sah dari sisi undang-undang.

Pada 1694, William Patterson mendapat Piagam untuk Bank of England.

© Larry Hannigan 1971, Australia

www.wheylite.com.au

Sila buat seberapa banyak salinan artikel ini, dan diterbitkan semula artikel ini, ASALKAN ANDA MASUKKAN LINK KEPADA www.relfe.com

Kata-kata:

Encyclopaedia Britannica Edisi ke 14 – “Bank mencipta pinjaman. Adalah satu kesilapan jika menjangka pinjaman bank dibuat dari kemasukan wang ke dalam bank. Pinjaman dari bank adalah pertambahan yang jelas jumlah wang kedalam masyarakat.”

Lord Acton, Ketua Hakim England, 1875 – “Isu yang telah meruntuhkan kurun-kurun yang lalu dan yang mana terpaksa ditentang sekarang atau kemudian adalah Rakyat menentang Bank.”

Mr Reginald McKenna, ketika menjadi Chairman of the Midland Bank di London – Saya khuatir rakyat biasa tidak akan suka jika diberitahu bahawa bank boleh, dan melakukan, mencipta dan memusnahkan wang. Dan merekalah yang mengawal pinjaman negara, mengarah polisi kerajaan, dan memegang suratan nasib rakyat dengan tangan kosong mereka.”

Mr Phillip A. Benson, President of the American Bankers' Association, June 8 1939 – “Tiada lagi jalan luus untuk mengawal dan menguasai negara melainkan melalui sistem pinjaman (wang).”

USA Banker's Magazine, August 25 1924 – “Modal mesti berupaya meilindungi diinya sendiri dengan setiap langkah yang mungkin dengan kombinasi dan perundangan. Hutang mesti dikutip, bon dan cagaran mesti diselesaikan secepat mungkin. Apabila, melalui proses perundangan, rakyat biasa kehilangan rumah, mereka menjadi senang dikawal dan lebih mudah diperintah melalui pengaruh kakitangan kerajaan, dilakukan oleh kuasa pusat kekayaan dibawah kawalan pembiaya ternama.

Hakikat ini memang diketahui dikalangan orang-orang utama yang sedang membentuk penjajahan Modal untuk memerintah dunia.

Dengan memecahbelahkan pengundi melalui sistem parti politik, kita dapat membiarkan mereka membuang tenaga berlawan mengenai persoalan yang tidak penting. Oleh itu dengan tindakan rahsia, kita boleh menjamin apa yang telah dirancang dengan baik dan agar kejayaan tercapai untuk kita.”

Sir Denison Miller – Semasa temuramah pada tahun 1921, apabila ditanya jika dia, melalui Commonwealth Bank, telah membiayai australia semasa Perang Dunia pertama sebanyak $700 juta, dia menjawab; “Memang begitulah keadaannya, dan saya boleh membiayai negara itu untuk jumlah yang lebih banyak jika perang berterusan.” Ditanya jika jumlah itu boleh diperolehi untuk tujuan perusahaan semasa aman ini, dia menjawab “Ya”.

Dari "Hand Over Our Loot, No. 2, by Len Clampett:

“Terdapat empat perkara yang mesti ada untuk kerja yang dibayar berlaku:

  • Kerja untuk disiapkan
  • Bahan-bahan untuk membuat kerja
  • Buruh untuk melakukan kerja
  • Wang unutk membayar kerja yang hendak disiapkan

 

Jika salah satu dari empat perkara tersebut tiada, tiada kerja yang dibayar akan berlaku. Ia adalah sistem aturan tersendiri secara semulajadi. Jika ada kerja unutk disiapkan, dan bahannya ada dan buruh bersedia untuk melakukannya, yang perlu kita buat adalah mencipta wang. Sangat mudah.”

“Tanya diri kita sendiri kenapa berlakunya kegawatan ekonomi. Apa yang hilang dari masyarakat adalah wang unutk membeli barangan dan perkhidmatan. Buruh masih ada. Kerja yang perlu dibuat juga ada. Bahan-bahannya masih tidak hilang, dan barangan sentiasa berada dikedai, atau dikeluarkan tetapi dengan tujuan unutk mendapat wang.”

Petikan dari surat yang ditulis oleh Rothschild Bros of London kepada  New York firm of bankers pada  25 June 1863:

“Sesiapa yang faham akan Sistem (Check, Wang dan Kredit) akan menjadi samaada begitu berminat dengan keuntungannya, atau terlalu bergantung dengan kelebihannya, yang mana tidak akan ada tentangan dari golongannya. Sementara dipihak yang satu lagi, kebanyakan pemikiran orangramai tidak mampu memahami kelebihan yang tinggi dari modal yang datang dari sistem itu, akan menanggung bebannya tanpa rungutan dan mungkin tanpa mengesyaki yang sistem ini merosakkan kepentingan mereka.”

Kata-kata berikutnya dicetak semuladi Idaho Leader, USA, 26 Ogos 1924, dan telah dibacakan di Hansard sebanyak 2 kali: oleh John Evans MP, pada 1926 dan oleh M.D. Cowan M.P., pada Sesi 1930-1931.

Pada tahun 1891 pekeliling sulit telah dihantar kepada American Bankers dan ajen mereka, mengandungi kenyataan berikut:

“Kami membenarkan ajen pinjaman kami di Negeri barat untuk memberi pinjaman tabungan kami ke atas hartanah, berkuatkuasa pada 1 September 1894, dan tidak selepas masa itu.

Pada 1 September 1894, kami tidak akan memperbaharui pinjaman kami walau atas pertimbangan apa pun.

Pada 1 September kami akan menuntut wang kami – kami akan menutup akaun dan menuntut semua cagaran.

Kita boleh mengambil dua per tiga ladang dibarat Mississippi dan beribu lagi di timur Mississippi, dengan harga yang kita tetapkan.

Kita juga boleh memiliki tiga per empat ladang di barat dan wang negara.

Kemudian petani akan menjadi penyewa seperti di England.”

Dari "Hand Over Our Loot, No. 2"
Di United States, pengeluaran wang dikawal oleh Federal Reserve Board (Lembaga Simpanan Persekutuan). Ia bukan jabatan kerajaan tetapi lembaga yang dianggotai oleh bank swasta. Kebanyakan kita sangka  bahawa Federal Reseve adalah salah satu jabatan kerajaan persekutuan… Ini tidak benar… Pada 1913, Presiden Woodrow Wilson menandatangani dokumen yang dibuat oleh Federal Reserve, yang membuatkan rakyat Amerika menjadi hamba hutang sejak mereka bangun dari tidur lagi sehinggalah mereka menumbangkan merka yang zalim ini.”…

“Untuk memahami isu wang didalam masyarakat kita, ia boleh digambarkan dengan perumpamaan wang didalam ekonomi dengan tiket di stesen keretapi. Tiket dicetak oleh pekerja yang menjaga mesin pencetak yang mana ia dibayar untuk kerjanya. Pekerja tersebut tidak pernah mengisytiharkan bahawa tiket tersebut miliknya… Dan kita tidak pernah bayangkan sarikat keretapi menolak untuk memberikan tempat duduk kepada penumpang kerana ia kehabisan tiket. Dengan contoh yang sama, kerajaan sepatutnya tidak boleh menghalang rakyat dari berdagang dan berniaga dengan mengatakan ia sudah kehabisan wang.”

Andaikan kerajaan meminjam $10 juta. Ia hanya memerlukan pihak bank mengeluarkan modal sebnayak beberapa ratus dollar sahaja untuk mengeluarkan wang tersebut, dan sedikit lagi untuk mebuat buku kira-kira. Adakah anda fikir ia adil bagi rakyat bertungkus lumus untuk memiliki rumah dan menjaga keluarga, sementara pihak bank menjadi gemuk dengan keuntungan ini?

Pinjaman yang diberikan oleh bank yang dipunyai Kerajaan adalah lebih baik dari bank swasta, kerana ia tidak perlu untuk mendapatkan balik wang dari rakyat dengan cara mengenakan cukai, dan tiada bunga dikenakan untuk meningkatkan kos. Pekerjaan yang siap yang dilakukan oleh rakyat menggunakan pinjaman dari bank Kerajaan adalah aset yang menggantikan wang yang dibuat apabila kerja tersebut selesai.

Tiada satu pun masaalah yang akan selesai sehinggalah kita membetulkan penciptaan, pembekalan dan pengedaran wang. Jika masaalah wang ini diselesaikan, kesemua perkara lain akan kembali kepada asalnya.

Setiap orang boleh menolong untuk mengubah keadaan ini:

  • Pertama sekali ialah mengajarkan perkara ini kepada orangramai. SANGAT SEDIKIT  yang tahu atau faham mengenai maklumat ini. Tolong edarkan maklumat ini kepada mereka melalui internet atau cara lain.
  • Buat penyelidikan tentang perkara ini untuk diri sendiri untuk meningkatkan pemahaman.
  • Sertai mereka yang lain yang mahu mengembalikan kuasa Kerajaan ke atas rakyat. Ingat – mereka adalah ‘PEKERJA awam’! Kita bukan pekerja mereka. Mereka yang patut mendengar kata-kata KITA.
  • Tidak kira apa kecondongan politik anda, galakkan ahli masyarakat untuk menyiasat dan membetulkan sistem kewangan kita. (Mereka perlu di ajar juga!). Anda boleh melakukan ini dengan email, surat, telefon atau perbincangan peribadi.
  • Pembuat undang-undang menerima secara purata  hanya 100 surat mengenai apa-apa isu. Jadi jika nada menulis pendapat anda dan menggalakkan yang lain juga menulis, katakan 25 surat, anda telah menghantar  peringatan yang kuat. (Adakan malam menulis surat).

 

MAKLUMAT LANJUT

Money Files www.moneyfiles.org/soundmoney.html
Membongkar amalan korupsi didalam Global Monetary System(Sistem Kewangan Dunia)
A Phone Call to the Fed www.rense.com/general29/ringring.htm
Money Game - The Greatest Scam Ever:
Petikan dari buku "Knowledge without Wisdom" oleh Paul Bond.
Billions for the Bankers www.mtl.clubplus.net/ ~clinique/bankers.htm
Liberty Australia: Banks & Money www.alphalink.com.au/~noelmcd
The Money Masters www.themoneymasters.com
FAME-Foundation for the Adancement of Monetary Education www.FAME.org
Rothschild Wealth & Influence www.mega.nu:8080/ampp/rothschild2.html#metatop
www.prolognet.qc.ca/clyde/money.htm
www.geocities.com/CapitolHill/Lobby/1234/spooner.html
From Moses to Rothschild www.reformation.org/moneychangers.html
Americans for Better Transportation www.wealthmoney.org
The Rothschilds: www.mega.nu:8080/ampp/rothschild2.html#metatop
Tiada siapa tahu berapa nilai kekayaan mereka, tetapi dianggarkan kekayaan mereka sebanyak $2 trillion - $491,409 trillion US

DIKEHENDAKI!!! Bantu negara anda! Sukarelawan dikendaki untuk menterjemahkan artikel ini!!! Jika anda sanggup dan mampu untuk menterjemahkan artikel ini kepada bahasa lain, sila email Stephanie Relfe di Stephanie@relfe.com dan beritahu ke bahasa apa yang akan diterjemahkan.

Saya boleh meletakkan terjemahan itu di website ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda letakkan di website anda dan saya hanya perlu linknya sahaja. Jika anda menggunakan pilihan ini, sila:

  • Masukkan gambar-gambarnya, kecuali beberapa yang mempunyai banyak perkataan Inggeris di dalamnya (kerana ia akan mengelirukan pembaca bahasa lain).
  • Link kepada website www.relfe.com
  • Link juga ke terjemahan bahasa lain yang disenaraikan pada permulaan artikel ini, termasuk terjemahan bahasa Inggeris.

 

Anda boleh menambahkan iklan atau link yang anda suka di penghabisan artikel ini (kecuali, contoh: perkara-perkara lucah atau ajaran sesat).

Bahasa yang sudah diterjemahkan adalah: Danish(Dansk), German(Deutsch), Polish (Polski), Russian, Portuguese, Spanish (Espanol), Turkish.

www.relfe.com
Email:Stephanie@Relfe.com